
Jangkitan kontak keluarga sukar dikawal – Rahmad
AYER MOLEK 21 Julai – Kes penularan COVID-19 dalam kalangan kontak keluarga merupakan kes jangkitan yang sukar dikawal setakat ini.
Exco Kesihatan Datuk Rahmad Mariman berkata dengan kepadatan penduduk di negeri ini jangkitan kontak keluarga menjadi penyumbang kepada kes harian di Melaka.
“Untuk makluman Melaka negeri kecil tapi ia terletak di Pantai Barat yang ada penduduk padat dan banyak industri.
“Melaka mempunyai kadar pertumbuhan industri yang banyak, separuh daripada kluster aktif adalah dari industri dan yang paling susah (dikawal) adalah kontak keluarga,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada MHI sempena Sehari Bersama Datuk Rahman Mariman di Japerun Ayer Molek hari ini.
Terdahulu Rahmad mengadakan lawatan di kawasan pengagihan daging lembu korban, kerja-kerja menurap jalan, sumbangan kit makanan COVID-19 dan sumbangan katil rawatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘BAWANG MELAKA’ BAKAL DIPERKENALKAN
AYER KEROH 25 Julai - Selepas memperkenalkan Beras Melaka dan mengetengahkan Jagung Melaka, Kerajaan Negeri kini menyasarkan untuk menghasilkan Bawang...
MELAKA AGROFEST 2026 BAWA TEMA JAGUNG, 60,000 TONGKOL DIAGIH PERCUMA
AYER KEROH 25 Julai - Sebanyak 60,000 tongkol jagung manis diagihkan secara percuma kepada pengunjung sempena Melaka Agrofest 2026, sekali...
MELAKA WONDERLAND TAWAR PROMOSI MERDEKA, BELI 4 TIKET PERCUMA 1
AYER KEROH 25 Julai - Bersempena sambutan Bulan Kebangsaan, Melaka Wonderland Theme Park & Resort memperkenalkan Promosi Merdeka dengan tawaran...
SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026 BAKAL GEGAR MELAKA
AYER KEROH 25 Julai - Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2026 bakal menggegarkan Melaka selama empat hari berturut-turut dengan pelbagai...
31 OGOS: PPSPM SIAP SEDIA TERIMA LONJAKAN PENGUNJUNG
DUYONG 25 Julai - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menjangkakan antara 5,000 hingga 10,000 pengunjung akan mengambil peluang...
ZOO MELAKA TERUS JADI ‘PELINDUNG’ HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 25 Julai - Zoo Melaka terus memperkukuh komitmennya dalam usaha konservasi Harimau Malaya menerusi penganjuran Sambutan Hari Harimau...
