
507,050 dos vaksin diberikan semalam, tertinggi setakat ini – Dr Adham
KUALA LUMPUR 23 Julai – Jumlah pemberian vaksin harian COVID-19 melepasi angka 500,000 semalam selepas mencatatkan sebanyak 507,050 dos suntikan, jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menerusi perkongsian di Twitter, beliau berkata daripada jumlah itu 335,977 adalah dos pertama, manakala 171,073 adalah dos kedua.
Jumlah pemberian vaksin COVID-19 harian tertinggi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Februari sebelum ini adalah pada Jumaat lepas dengan sebanyak 460,158 dos suntikan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI TERUSKAN MISI CUCI KENDERAAN AMAL
BANDA HILIR 29 Julai - Orang ramai bukan sahaja menikmati perkhidmatan mencuci kenderaan berkualiti pada harga berpatutan, malah berpeluang menyumbang...
MELAKA BUKA TIRAI JELAJAH AKAR 2026, PTPTN SEMAI BUDAYA MENABUNG
AYER KEROH 29 Julai - Melaka dipilih sebagai lokasi pembukaan Program Jelajah Anugerah Kreatif Aspirasi Reka (AKAR) 2026, inisiatif Yayasan...
REZEKI BAKAL CAHAYA MATA PERTAMA, KAKITANGAN SAMB MENANG PROTON SAGA
AYER KEROH 29 Julai - Pemenang hadiah cabutan bertuah utama Majlis Hari Keluarga Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) 2026 menganggap...
KAMPUNG KEMBOJA MELAKA POPULARKAN ‘TONGMO’
PAYA RUMPUT 29 Julai - Siapa sangka di sebalik populariti 'tongmo', makanan tradisi masyarakat Kemboja di negara ini, ia sebenarnya...
PERZIM, ARKIB NEGARA JALIN KERJASAMA STRATEGIK PELIHARA KHAZANAH SEJARAH MELAKA
BANDA HILIR 29 Julai - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperluas kerjasama strategik bersama Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka dalam bidang...
MELAKA SATU-SATUNYA NEGERI BEKAL PLASMA UNTUK NEGARA
AYER KEROH 29 Julai - Melaka terus mengukuhkan reputasinya dalam bidang perubatan transfusi apabila menjadi satu-satunya negeri di Malaysia, selain...
