
Ahmad Zahid, Nik Abduh antara 35 individu positif COVID-19
PETALING JAYA 24 Julai – Seramai 35 individu dalam kalangan ahli Parlimen serta pegawai mereka disahkan positif COVID-19, menjelang sehari sebelum pembukaan sidang Parlimen, Isnin ini.
Menurut laporan Utusan Online, antara ahli Parlimen yang dijangkiti virus itu ialah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Bachok).
Pada masa sama, sumber memberitahu Utusan Malaysia, terdapat Ahli Parlimen yang mempunyai kontrak rapat dengan mereka dan kini dipercayai sedang membuat ujian calitan.
“Turut terlibat ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon kerana pegawai pengiringnya positif,” kata sumber ketika dihubungi.
Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 selama lima hari akan bermula Isnin, 26 Julai ini hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:


Berita Lain
MPHTJ BUKTIKAN INOVASI DIGITAL MAMPU JANA PENDAPATAN
AYER KEROH 28 November - Pelaksanaan inovasi digital bukan sahaja memudahkan urusan pelanggan, malah memberi pulangan kewangan apabila Majlis Perbandaran...
375 PROGRAM, 93,710 PENYERTAAN SEMARAK PERPADUAN MELAKA
AYER KEROH 28 November – Sebanyak 375 program di bawah Inisiatif Komuniti Perpaduan Melaka berjaya dilaksanakan dengan merekodkan penyertaan keseluruhan...
PENDUDUK LEGA EXCO SEGERA TURUN PADANG LERAI MASALAH INTERNET ‘SLOW’
MERLIMAU 28 November - Masalah gangguan internet dan liputan telekomunikasi membelenggu penduduk Bandar Botani Parkland, Jasin Bestari sejak awal tahun...
OMSMC HOSPITAL SWASTA PERTAMA MELAKA BAWA ANGIOGRAM SECARA ‘LIVE’
BANDA HILIR 28 November - Pengalaman menyaksikan prosedur angiogram secara langsung dari makmal kateterisasi (cath lab) menjadi antara tarikan utama...
IMBASAN SEPANTAS 0.23 SAAT, PUTRA SPECIALIST HOSPITAL PACU ERA DIAGNOSTIK BAHARU
BANDARAYA MELAKA 27 November - Keupayaan pemeriksaan diagnostik Putra Specialist Hospital (PSH) Melaka kini meningkat sehingga 40 kes sehari berbanding...
3 AGENDA STRATEGIK PERKUKUH PSH SEBAGAI HOSPITAL DIYAKINI
BANDARAYA MELAKA 27 November - Putra Specialist Hospital (PSH) Melaka perlu memperkukuh kapasiti perubatan, memperluas kerjasama strategik serta meningkatkan standard...
