
Malaysia rakam penghargaan kepada negara penyumbang vaksin COVID-19
KUALA LUMPUR 28 Julai – Malaysia merakamkan penghargaan kepada negara-negara yang menyumbang vaksin COVID-19 kepada negara ini dan membantu mempercepatkan lagi pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini tiga negara telah menyumbang sekali gus menambah bekalan vaksin keseluruhan negara kepada 26.38 juta dos.
Jepun menyumbang sebanyak 998,400 dos vaksin AstraZeneca, Amerika Syarikat sebanyak 1,000,350 dos vaksin Pfizer dan China sebanyak 500,000 dos vaksin Sinovac.
“Bagi pihak kerajaan di Dewan yang mulia ini, saya ingin rakamkan penghargaan kepada negara-negara yang telah menyumbang vaksin kepada negara kita,” katanya ketika membentangkan penerangan berkenaan Program Vaksinasi di Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini hari ini.
Hari ini adalah hari ketiga Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga.
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata kerajaan juga kini melalui Kementerian Luar sedang dalam perbincangan dengan beberapa negara lain yang telah menyatakan kesediaan untuk menyumbang vaksin seperti United Kingdom dan Arab Saudi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERI
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...
PPSPM SUNTIK SEMANGAT ATLET PERAHU NAGA, PINGPONG HADAPI SUKMA
DUYONG 14 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyuntik semangat atlet perahu naga dan pingpong Melaka yang...
