
COVID: Dua hari berturut-turut kes baharu melebihi 17,000
KUALA LUMPUR 29 Julai – Kes baharu positif COVID-19 hari ini dilaporkan sebanyak 17,170 menjadikannya hari kedua berturut-turut negara ini merekodkan kes melebihi 17,000.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata, jumlah kumulatif kes dalam negara kini meningkat kepada 1,078,646.
Selangor kekal menjadi negeri mencatatkan pertambahan kes tertinggi iaitu sebanyak 7,163 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,138 kes.
“Selain itu, Kedah merekodkan 1,212 kes; Johor (1,054); Negeri Sembilan (884); Sabah (776); Pahang (638); Kelantan (615); Perak (596); Sarawak (582); Pulau Pinang (554); Terengganu (437) dan Melaka (416),” katanya.
Putrajaya pula merekodkan kes sebanyak 84 diikuti Labuan (11) dan Perlis (10).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PASAR JASIN BERWAJAH BAHARU, LEBIH MODEN DAN KONDUSIF
JASIN 24 Julai - Pembinaan Pasar Jasin baharu yang dijangka siap pada penghujung September depan bakal menempatkan 54 peniaga dengan...
MAIM LANCAR TABUNG SAHAM WAKAF MASJID DESA TUN ALI
BUKIT KATIL 24 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melancarkan tabung saham wakaf bagi membiayai dana pengambilan tapak untuk...
NRES IKTIRAF POTENSI BESAR ZOO MELAKA SEBAGAI IKON PELANCONGAN
AYER KEROH 24 Julai - Zoo Melaka berpotensi muncul sebagai antara destinasi pelancongan utama negara menerusi pelbagai usaha penambahbaikan fasiliti...
MPHTJ BAKAL TUBUH UNIT ELIT PENGUATKUASA
AYER KEROH 24 Julai - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerusi Jabatan Penguatkuasaan bakal menubuhkan Unit Elit Penguatkuasa tidak...
PERALIHAN KEPADA TENAGA BOLEH BAHARU JADIKAN MELAKA NEGERI LESTARI
GADEK 24 Julai - Peralihan kepada sumber tenaga boleh baharu bukan lagi satu pilihan, tetapi aspek penting bagi sesebuah industri...
MELAKA KOMITED CAPAI SASARAN 300 MEGAWATT TENAGA BOLEH BAHARU
GADEK 24 Julai - Melaka mencatatkan perkembangan positif dalam usaha mencapai kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 300 Megawatt (MW), kata...
