
Melaka sekali lagi ‘pencetus’ pingat Olimpik Tokyo! – Sulaiman
AYER KEROH 31 Julai – Kejayaan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menghadiahkan pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020 malam tadi terus mendapat pujian pemimpin negara.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menerusi perkongsian di Facebook (FB) rasminya malam ini menyifatkan, kejayaan mereka menewaskan gandingan handalan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 cukup membanggakan.
“Syabas dan tahniah buat pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik apabila berjaya menghadirkan pingat gangsa yang juga pingat pertama yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.
“Saya juga tumpang bangga kerana Aaron Chia, anak muda 24 tahun ini berasal dari Melaka. Nampaknya, Melaka sekali lagi βpencetusβ pingat di Sukan Olimpik Tokyo! Syabas sekali lagi Aaron Chia dan Soh Wooi Yik! Demi Malaysia!,” tulisnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERIΒ
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...
PPSPM SUNTIK SEMANGAT ATLET PERAHU NAGA, PINGPONG HADAPI SUKMA
DUYONG 14 Ogos β Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyuntik semangat atlet perahu naga dan pingpong Melaka yang...
