99 kes positif COVID-19 babitkan pekerja kilang

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 1 Ogos – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) merekodkan 99 kes positif COVID-19 di tempat kerja sekali gus  mewujudkan kluster baharu iaitu Kluster Industri Tanjung Bruas.

Menurut sumber JKN kes positif itu hasil saringan bersasar di tempat kerja di daerah Melaka Tengah.

“Kes ini melibatkan pekerja sebuah kilang terletak di Jalan Tanjung Bruas, Kawasan Perindustrian Bebas Tanjung Kling.

“Seramai 200 individu telah disaring dan daripada jumlah itu seramai 99 individu telah disahkan positif,” kata kenyataan itu.

Bagi perincian kes, sebanyak 686 kes direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 32,052 kes.

“Mengikut pecahan kes 682 daripadanya melibatkan warga tempatan dan empat kes import b.

“Bagi pecahan daerah, sebanyak 401 kes adalah di daerah Melaka Tengah, 117 kes di Jasin dan 168 kes di Alor Gajah,” katanya.

Menurut kenyataan itu, terdapat lima punca utama jangkitan kes direkodkan hari ini iaitu 167 kes melibatkan kluster kilang yang mana 132 kes dari pekerja kilang, 35 kes kontak keluarga dan satu kes kontak sosial.

“Diikuti 325 kes kontak keluarga, 64 kes di tempat kerja bukan kilang dan 103 kes saringan bergejala dalam kalangan orang ramai.

“Pertambahan kes ini menjadikan sebanyak 5,631 kes yang masih aktif di Melaka yang mana 90 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 27 kes menggunakan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

442
Kongsi :
Previous post Peningkatan kes COVID-19 punca kutipan darah berkurangan
Next post Sidang Parlimen ditangguhkan dua minggu – KKM
Ubah saiz-+=