
24 kematian di Melaka, rekod tertinggi setakat ini
AYER KEROH 4 Ogos – Korban akibat COVID-19 di Melaka mencatat rekod tertinggi hari ini dengan 24 kematian.
Ia sekali gus menjadikan keseluruhan kematian akibat COVID-19 di negeri ini melonjak kepada 434 kes setakat ini.
Mengikut data dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka, kes kematian pada hari ini membabitkan individu berusia 20 hingga 74 tahun.
Tiga daripada kes kematian membabitkan Kluster Paya Datuk, masing-masing satu membabitkan Kluster Industri Batu Berendam dan Kluster Industri Teknologi Cheng 22, manakala bakinya tidak membabitkan kluster sedia ada.
Dalam pada itu, JKN Melaka turut memaklumkan terdapat pertambahan 508 kes baharu membabitkan 506 kes tempatan dan dua kes import B.
Kontak keluarga masih mendahului punca jangkitan utama kes harian dengan mencatat 284 kes.

Ia diikuti saringan bergejala sebanyak 89 kes, kluster kilang 75 kes dan 23 tempat kerja bukan kilang.
Turut direkodkan pertambahan satu kluster baharu iaitu Kluster Industri Taman Tasik Utama membabitkan sebuah kilang di Ayer Keroh.
Kluster itu dikesan melalui saringan bergejala sebelum merebak ke tempat kerja dan ahli keluarga.
Sehingga kini, sebanyak 63 kes positif COVID-19 telah dikesan daripada kluster tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEBIH 1,400 PENDUDUK DUN AYER LIMAU TERIMA SUMBANGAN CAHAYA SYAWAL
AYER LIMAU 14 Mac - Lebih 1,400 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pelbagai bentuk sumbangan sepanjang...
‘RUMAH KEK’ KAMPUNG LANJUT MANIS
PAYA RUMPUT 14 Mac – Bermula dengan percubaan kecil di dapur ketika masih menuntut pada usia 20 tahun, Ainin Tasnim...
KITARECYCLE MELAKA KUMPUL LEBIH 800 TAN SISA KITAR SEMULA
KLEBANG 13 Mac - Program KITARecycle yang dilaksanakan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) merekodkan kutipan lebih 800 tan barangan...
BELUM TERLAMBAT RASAI SUASANA IFTAR DI HOTEL MITC
AYER KEROH 14 Mac - Walaupun sudah menghampiri penghujung Ramadan, orang ramai masih boleh menikmati sajian bufet Ramadan di Hotel...
PPSPM CAPAI 89 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG SUKU PERTAMA 2026
DUYONG 14 Mac – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mencapai 89 peratus sasaran pengunjung yang ditetapkan bagi tempoh...
PRN MELAKA PADA TAHUN INI – AB RAUF
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Pilihanraya Negeri Melaka akan diadakan pada tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...

