
Mayat bayi lelaki baharu lahir ditemukan di Penampang
PENAMPANG 5 Ogos – Mayat bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditemukan berhampiran sebuah premis di kawasan Bundusan di sini, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, polis menerima maklumat penemuan itu daripada orang awam pada 1.10 tengah hari dan siasatan menemukan mayat bayi itu dalam sebuah beg plastik yang diletakkan di tangga berhampiran sebuah premis di kawasan tersebut.

“Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan bayi tersebut baharu dilahirkan dan telah meninggal dalam tempoh lebih kurang enam jam sebelum dijumpai.
“Mayat bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan semalam.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta untuk segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang, Inspektor Azerina Ali Omar di talian 014-653 5238.
Beliau berkata siasatan dilakukan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...
WRUR SUDAH JELAJAH 27 DUN, BERAKHIR DI TANJUNG BIDARA
AYER LIMAU 8 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini memasuki siri ke-27 di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RM1.06 JUTA BANTU 42 KELUARGA AYER LIMAU NIKMATI KEDIAMAN LEBIH SELESA
AYER LIMAU 8 September - Sebanyak RM1.06 juta diperuntukkan bagi membantu 42 keluarga di Ayer Limau menerusi kerja baik pulih...
