Bom tinggalan perang dunia kedua ditemukan di Bera

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUANTAN 5 Ogos – Sebutir bom dipercayai tinggalan daripada perang dunia kedua ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Felda Triang 1 di Bera Isnin lalu, kata Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mansor Samsudin.

Beliau berkata, bom itu dijumpai pada 3.30 petang oleh seorang peneroka semasa membersihkan tanah di belakang rumahnya, yang kemudian menghubungi polis.

 

“Bom dipercayai jenis UXO Arial Bomb seberat 226 kilogram, sepanjang lebih kurang 36 inci (91.44 sentimeter) dengan 32 inci (81.28 sentimeter ukur lilit itu dijumpai dalam keadaan separuh terkeluar dari tanah.

“Mengikut perancangan, bom itu dijangka dimusnahkan esok (hari ini) di lokasi dijumpai kerana penilaian mendapati bom tersebut berisiko jika dialihkan,” katanya semasa dihubungi di sini semalam.

 

ANGGOTA Unit Pemusnah Bom Bukit Aman melakukan persediaan bagi memusnahkan bom di lokasi penemuan.- Foto- PDRM.

 

Mansor berkata, cabaran untuk memusnahkan bom itu ialah kedudukannya yang terlampau dekat dengan rumah peneroka iaitu sekitar 100 meter menyebabkan penduduk tersebut terpaksa dipindahkan terlebih dahulu ke bangunan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berhampiran sebelum operasi memusnahkan bom dilakukan.

Beliau berkata Unit Pemusnah Bom Bukit Aman juga tiba di lokasi kejadian semalam bagi melakukan kerja persediaan memusnahkan bom.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

756
Kongsi :
Previous post Sukarelawan MOVAK berbakti pada usia kian senja
Next post Mayat bayi lelaki baharu lahir ditemukan di Penampang
Ubah saiz-+=