
31 MP BN sokong Perikatan Nasional
KUALA LUMPUR – Seramai 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.
Beliau berkata, antara yang kekal memberi sokongan ialah 21 Ahli Parlimen yang hadir dalam sidang media khas itu dan 10 lagi tidak dapat hadir kerana urusan tertentu.
“Kita terus menyokong berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong yang mana kita akan terus kekal bersama kerajaan sehingga keabsahan (kerajaan Perikatan Nasional ditentukan dalam Parlimen,” katanya dalam sidang media berkenaan.
Antara yang hadir dalam sidang media tersebut ialah beberapa Kabinet seperti Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong; Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan serta Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
ANAK MUDA ‘SUARAKAN’ MELAKA SAYANG RAKYAT DI TIKTOK
AYER KEROH 10 Ogos - Seramai 145 pelajar Tingkatan Enam di seluruh Melaka menyertai Pertandingan TikTok Tingkatan Enam bertemakan 'Melaka...
MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION
AYER KEROH 10 Ogos - Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai...
DUA TAHUN PENUH MAKNA, TERIMA KASIH SUK AZHAR – KM
AYER KEROH 10 Ogos - Kerajaan Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Wira Azhar Arshad atas segala bakti, kesetiaan dan...
PRN MELAKA: ‘KALI INI NIKAH BIAR BERKADI, ADA SAKSI’
AYER KEROH 10 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka terbuka untuk berunding dengan mana-mana parti politik yang berhasrat membentuk kesepakatan...
MELAKA SEDIA RM500,000 BANTU BELIA JADI USAHAWAN PELANCONGAN
AYER KEROH 10 Ogos - Kerajaan Negeri mengumumkan insentif Dana Pelancongan Belia berjumlah RM500,000 bagi menggalakkan anak muda berusia 20...
SALHAH WANITA PERTAMA DILANTIK SUK MELAKA
AYER KEROH 10 Ogos - Datuk Wira Salhah Salleh mencatat sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai sebagai Setiausaha Kerajaan...

