Produk inovasi tiga beradik rangkul pingat emas

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 6 Ogos – Projek Inovasi ciptaan tiga beradik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kerubong merangkul pingat emas pada pertandingan Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx) 2021, baru-baru ini.

Menghasilkan projek inovasi ‘Smart Mail Box with IoT’ bagi kategori kelas E kumpulan itu diwakili Muhammad Zakwan Zamry, 12, Muhammad Zahiruddin,10 dan Muhammad Zharif,7.

Guru SK Kerubong, Wan Norasikin Wan Ali berkata, produk itu dapat memberi notifikasi secara terus kepada pengguna melalui aplikasi telefon bimbit dan email jika terdapat surat yang diterima di dalam peti surat.

“Dengan produk ini pengguna yang berada di luar kawasan atau luar negara turut menerima notifikasi kehadiran surat melalui aplikasi telefon bimbit dan email melalui sambungan internet pada Smart Mailbox.

“Projek ini mula dicipta pada Disember 2020 dan siap sepenuhnya pada Mei 2021 lalu.

“Kita juga berjaya mendapatkan Hak Cipta dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia,” katanya kepada MHI.

Pertandingan tersebut diadakan secara atas talian di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra Kedah.

Ia turut disertai penyelidik Seluruh Malaysia yang terdiri dari Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta, universiti dan badan kerajaan.

Peserta turut mendapat khidmat nasihat teknikal dari Pensyarah Institut Latihan Perindustrian Tangkak, Zamry Zakaria dan Dr. Faiz Redza Ramli dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam penghasilan projek inovasi.

WAN Norasikin bersama Zakwan (kiri), Zahiruddin (kanan) dan Zharif (berdiri depan) yang mereka cipta produk inovasi tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

926
Kongsi :
Previous post Agong santuni, kurnia sumbangan kepada 10 keluarga di Rompin
Next post 31 MP BN sokong Perikatan Nasional
Ubah saiz-+=