
Agong, permaisuri, zahir ucapan takziah kepada keluarga Dato’ Indera Mustafar
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Orang Besar Berlapan dan Ahli Jumaah Pangkuan Negeri Pahang Darul Makmur Datoβ Setia Wangsa Datoβ Indera Mustafar Abu Bakar yang meninggal dunia semalam.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah.
βSeri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
βSeri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham selaku Orang Besar Berlapan dan Ahli Jumaah Pangkuan kepada kesultanan Pahang, masyarakat dan negeri Pahang,β menurut catatan itu.
Seri Paduka berdua turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KAMI RASA DIHARGAI, TOK RAUF SENDIRI RASAI SUSAH PAYAH KAMI’
TANJUNG BIDARA 1 September - 'Kami rasa dihargai'. Itu luahan penghantar p-hailing selepas Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
10 MOTOSIKAL MENANTI ‘ABANG RIDER’ DI KARNIVAL ANAK MUDA
LENDU 1 September - Sebanyak 10 motosikal bakal menjadi antara hadiah istimewa yang ditawarkan sempena pertemuan khas penghantar p-hailing pada...
MELAKA UMUM ‘HADIAH’ UNTUK ABANG RIDER
TANJUNG BIDARA 1 September - Lebih 3,000 penghantar p-hailing di Melaka bakal menerima manfaat subsidi penyelenggaraan motosikal menerusi inisiatif Kerajaan...
TOK RAUF JADI ‘ABANG RIDER’, SELAMI JERIH PERIH CARI REZEKI
TANJUNG BIDARA 1 September - Setiap kali enjin motosikal dihidupkan dan pesanan diterima, seorang 'Abang Rider' bukan sekadar menghantar makanan...
EMPAT SEKELUARGA TERUJA REBUT ‘KEMASUKAN PERCUMA’
BANDA HILIR 1 September - Enggan melepaskan peluang menikmati kemasukan percuma ke produk pelancongan terkemuka, empat sekeluarga sanggup keluar seawal...
CIMIC CIPTA KENANGAN UNTUK KELUARGA, PUPUK SEMANGAT PATRIOTIK
SERI NEGERI KLEBANG 1 September - Cuaca panas tidak menghalang orang ramai khususnya ibu bapa membawa anak-anak berkunjung ke Karnival...
