PM kemuka cadangan rangka persefahaman rentas parti susulan kemelut politik

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

PUTRAJAYA 13 Ogos – Perdana Menteri akan mengadakan perundingan bersama pimpinan parti-parti di luar Perikatan Nasional (PN) untuk meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi membolehkan kerajaan yang ada pada hari ini terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba suatu masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

“Usul undi percaya ini hanya boleh diluluskan dengan sokongan bi-partisan di Dewan Rakyat.

“Kerajaan yang akan wujud selepas usul undi percaya ini diluluskan adalah sebuah kerajaan yang lebih stabil dan inklusif.

“Stabil dengan dokongan bi-partisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta inklusif dengan pengiktirafan kepada parti-parti pembangkang untuk memainkan peranan semak dan imbang yang lebih efektif dan menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu pengumuman khas yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Jelasnya, kestabilan politik adalah amat penting dalam memerangi pandemik COVID-19 dan memulihkan negara.

“Kita harus akur dan sedar, proses pemulihan negara ini bukan satu usaha perkara yang mudah.

“Oleh itu, kita memerlukan sokongan, usaha dan tumpuan semua pihak untuk memulih dan mengembalikan negara yang kita cintai ini kepada landasan pembangunan dan pertumbuhan yang sihat.

“Apabila kita tidak dapat menstabilkan politik negara untuk membantu proses pemulihan, yang menanggung sengsara dan beban ini adalah rakyat. Yang rugi adalah rakyat dan tanah air kita ini,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

384
Kongsi :
Previous post PRU-15 paling lewat Julai 2022 – PM
Next post Had tempoh jawatan PM 2 penggal, RUU Anti Lompat Parti akan dibentang di Parlimen
Ubah saiz-+=