
Barisan kabinet baharu angkat sumpah pada Isnin, 2.30 petang
PUTRAJAYA 27 Ogos – Jemaah menteri yang baharu dilantik akan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di Istana Negara pada Isnin ini jam 2.30 petang.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, istiadat itu telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah .
Beliau turut meminta semua jemaah menteri yang dilantik agar menjalankan tugas dengan penuh amanah demi rakyat dan negara.
“Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ketua-ketua parti yang telah memberikan pandangan, sokongan, dan kerjasama dalam pembentukan barisan kabinet ini.
“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada barisan kabinet untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan beramanah.
“Ayuh membulat tekad, bekerja bersama rakyat!,” katanya ketika mengumumkan senarai Kabinet baharunya yang disiarkan secara langsung di stesen TV utama negara.
Dalam pengumum itu menyaksikan banyak nama lama masih kekal menjawat jawatan yang dipegang sebelum ini.
Bagaimanapun, tiada jawatan Timbalan Menteri diumumkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
