
Kes baharu COVID-19 berkurangan lebih 2,500 kes berbanding semalam
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Sebanyak 22,070 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, iaitu pengurangan sebanyak 2,529 kes berbanding semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,662,913 kes.
Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 5,920 kes, diikuti Sabah (3,010), Sarawak (2,224), Kedah (2,072) dan Pulau Pinang (1,829).
Sementara itu, 1,809 kes direkodkan di Johor, Kuala Lumpur (1,068), Kelantan (1,051), Perak (939), Pahang (610), Melaka (589), Pahang (610), Terengganu (488), Negeri Sembilan (338), Perlis (76), Putrajaya (39) dan Labuan (lapan).
Semalam Malaysia merekodkan 24,599 kes baharu COVID-19 iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...

