
Fasa dua PPN: Mesyuarat Jawatankuasa Khas tentukan status Lembah Klang – PM
KUALA LUMPUR 30 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat Lembah Klang kini sudah boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan kadar vaksinasi yang telah melebihi 80 peratus.
Bagaimanapun, katanya perkara itu akan diputuskan dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikannya nanti.
“Sekali lagi saya berbangga dengan semua yang terlibat dan pencapaian yang hebat ini,” katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.
Semalam, Ismail Sabri berkata kadar lengkap vaksinasi bagi populasi dewasa di Lembah Klang telah mencecah 89.5 peratus.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BELUM MASUK PEJABAT, TOK LI DAH MULA BUAT KERJA
KUALA LINGGI 17 November - Meskipun belum masuk ke pejabat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah...
SAMBIL ‘NGETEH’ ACIK ZUL DENGAR MASALAH RAKYAT
TABOH NANING 17 November - Sambil menjamah hidangan sarapan pagi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd...
TIDAK ‘MERUNTUHKAN YANG LAMA’, TAPI BINA LENDU LEBIH BAIK – ABDUL HAKIM
SERI NEGERI 17 November - Tidak berhasrat merombak usaha sedia ada, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada penambahbaikan berdasarkan keperluan dan...
MAJORITI TERTINGGI BUKAN UNTUK BERMEGAH – RAIS
SERI NEGERI 17 November – Kemenangan dengan majoriti tertinggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bukan untuk dibanggakan, sebaliknya...
PENJAWAT AWAM PEMACU AGENDA KERAJAAN – AB RAUF
SERI NEGERI 17 November - Penjawat awam Melaka perlu memastikan setiap perancangan Kerajaan Negeri dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan seterusnya mencapai...
PAIP, JALAN DAN SALIRAN JADI KEUTAMAAN 100 HARI RIDZUAN DI BUKIT KATIL
SERI NEGERI 17 November - Penyelenggaraan paip, jalan raya dan sistem perparitan antara keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit...

