
Warga emas 86 tahun antara korban baharu COVID-19
AYER KEROH 6 Sept – Warga emas berusia 86 tahun mempunyai gejala sakit perut serta bengkak kaki antara enam korban baharu COVID-19 hari ini.
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, mangsa adalah seorang wanita dari Ayer Paabas, Jasin yang mula dijangkiti wabak itu pada 1 September lalu.
“Punca jangkitan adalah sporadik dan mangsa mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang dan jantung.
“Manakala lima lagi mangsa membabitkan empat wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 40 hingga 64 tahun.
“Punca jangkitan bagi kelima-lima mangsa ini adalah dari kontak keluarga selain mereka turut mempunyai sejarah penyakit kencing manis, buah pinggang, darah tinggi, penyakit jantung serta hepatitis C,” kata kenyataan itu.
Bagi perincian kes, sebanyak 295 kes direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 50,765 kes.
“Daripada pecahan kes hari ini, sebanyak 288 adalah kes tempatan dan tujuh kes import b.
“Manakala pecahan mengikut daerah sebanyak 86 kes daerah Melaka Tengah, 88 kes daerah Jasin dan 121 kes daerah Alor Gajah.
“Pertambahan kes menjadikan 7,293 kes masih aktif di negeri ini yang mana 70 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 22 menggunakan bantuan alat pernafasan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
ELRICK PEMUDA ORANG ASLI KEBANGGAAN ASAHAN
ASAHAN 2 Mei - Anak Orang Asli ini membuktikan dengan tekad dan kesungguhan, semua mampu berjaya dalam apa jua bidang...
MINI ZOO TARIKAN BAHARU KAMPUNG BUKIT SENGGEH
ASAHAN 2 Mei – Pembangunan mini zoo di Kampung Tersusun Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Kampung Bukit Senggeh dijangka menjadi...
PANTAI KLEBANG SATUKAN KELUARGA, SUKAN DAN TRADISI
KLEBANG 2 Mei - Penganjuran Festival Muzik Air Melaka 2026 di Pantai Klebang tampil berbeza apabila menggabungkan elemen tradisional dengan...
BACAAN YASIN, DOA SELAMAT BUKA TIRAI SAMBUTAN HARI PERBANDARAN KE-23 MPAG
DURIAN TUNGGAL 2 Mei - Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat membuka tirai sambutan Sambutan Hari Perbandaran Ke-23 Majlis Perbandaran...
RAKYAT MELAKA MAKIN BIJAK PILIH RUMAH IKUT NILAI DAN KEMAMPUAN – EXCO
AYER KEROH 2 Mei – Rakyat negeri ini disifatkan semakin bijak membuat pilihan dalam pembelian rumah dengan menilai aspek harga,...
RUMAH MAMPU MILIK RM250,000 KE BAWAH LARIS DI MAPEX MELAKA 2026
AYER KEROH 1 Mei – Rumah mampu milik bernilai bawah RM250,000 yang ditawarkan di Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Melaka 2026...

