
Melaka Wonderland terus tawarkan diskaun buat ‘frontliners’
AYER KEROH 21 Julai – Taman Tema Air Melaka Wonderland Theme Park and Resort terus menawarkan diskaun kepada petugas barisan hadapan serta ahli keluarga sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka menangani pandemik Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Seow Cheng Swee berkata, ia berikutan permintaan tinggi diterima pihaknya untuk terus menawarkan diskaun itu sebanyak 50 peratus kepada petugas barisan hadapan, manakala 10 peratus lagi bagi ahli keluarga yang mengunjungi taman rekreasi tersebut.
Katanya, petugas barisan hadapan yang membawa ahli keluarga masing-masing hanya perlu mempamerkan kad pengesahan kerja ketika membeli tiket di kaunter.
“Tawaran promosi itu bermula semalam iaitu 20 Julai dan sah hingga 31 Julai ini.
“Kita berikan diskaun 10 peratus kepada ahli keluarga dengan had maksimum seramai 10 orang bagi setiap kemasukan ke taman tema terbabit,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, promosi itu ditawarkan sebagai penghargaan terhadap usaha petugas barisan hadapan ketika berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk menangani pandemik Covid-19.
Views:
Related


Berita Lain
200 BEKAS AHLI KEMBALI KE PANGKUAN UMNO MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 17 Mei - Hampir 200 bekas ahli parti kembali menyertai UMNO Bahagian Masjid Tanah, malam tadi. Kesemua mereka...
PRN MELAKA PASTI BERLAKU DALAM TEMPOH 120 HARI
TANJUNG BIDARA 17 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN)...
MASJID BAHARU MAKBUL IMPIAN KARIAH LESONG BATU
MACHAP JAYA 17 Mei – Setelah sekian lama bergantung kepada masjid di kampung bersebelahan, penduduk Lesong Batu kini bakal melakar...
MENARA TAMING SARI HIMPUNKAN 150 RIDER DGR 2026, BAWA MESEJ KESIHATAN LELAKI
BANDA HILIR 17 Mei - Lebih 150 penunggang motosikal klasik dan moden berhimpun di perkarangan Menara Taming Sari, di sini,...
WRUR KOTA LAKSAMANA: KESEJAHTERAAN RAKYAT KEUTAMAAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 17 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) adalah manifestasi kepada gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) lahir...
WRUR KOTA LAKSAMANA: SUARA RAKYAT PANDUAN PEMBANGUNAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 17 Mei - Sebanyak 2,474 daripada keseluruhan 3,664 aduan diterima sepanjang 15 siri Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat...
