
Melaka jangka masuk Fasa 3 pertengahan Okt
SERI NEGERI 23 Sept – Melaka dijangka masuk Fasa 3 Pelan Pemulihan Negera pada pertengahan Oktober, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata hari ini.
Beliau juga berkata Melaka tidak akan tergesa-gesa membuka semula sektor pelancongan.
“Berhubung hal gelembung pelancongan (travel bubble) bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri, yang telah mengumumkan Melaka bersama Genting Highland dan Pulau Tioman akan dibuka berkuat kuasa 1 Oktober ini.
“Walau bagaimanapun, kita mengambil pendirian untuk berhati- hati dan akan meneliti semua aspek SOP terlebih dahulu, sebelum bertindak untuk membenarkan kedatangan pelancong ke negeri bersejarah ini,” katanya di Sidang Dewan Undangan Negeri.
“Begitu juga kepada hal peralihan Negeri Melaka dari Fasa 2, InsyaAllah, yang jika tiada aral melintang, menjelang pertengahan Oktober 2021, Negeri Melaka mampu masuk ke fasa berikutnya, setelah mencapai imuniti kelompok 80 peratus atau herd immunity, sehingga mencapai 100 peratus, tertakluk kepada pengumuman rasmi daripada Putrajaya,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
