
UMNO Melaka panggil mesyuarat khas malam ini
AYER KEROH 5 Okt. – Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka akan mengadakan mesyuarat khas di Masjid Tanah malam ini bagi membincangkan kemelut politik setelah empat ADUN daripada parti kerajaan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberitahu Melaka Hari Ini, mesyuarat berkenaan akan diadakan di kediaman beliau di Masjid Tanah.
Antara pemimpin yang dijangka menghadiri mesyuarat ini adalah Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, kesemua ketua bahagian, semua wakil rakyat UMNO dan ahli jawatankuasa badan perhubungan UMNO negeri.
UMNO Melaka mempunyai enam bahagian termasuk Bahagian Masjid Tanah, yang diketuai oleh Ab Rauf.
Ab Rauf adalah juga Speaker DUN Melaka.
Notis mesyuarat tersebut, yang akan diadakan pada 8 malam ini, telah ditandatangani oleh Setiausaha UMNO Melaka, Datuk Haji Mustafa Musa.
Semalam, Melaka digemparkan dengan kemelut politik apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada Sulaiman.
Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BAN HONG MAHU JADI EXCO MAMPU SEJAHTERAKAN RAKYAT
SERI NEGERI 20 November - Datuk Wira Lim Ban Hong akan meneruskan usaha memperkukuh kualiti perkhidmatan kesihatan negeri dan bertekad...
PENIAGA HARAP AZRIL TERUSKAN KECEMERLANGAN YB ALONG
REMBIA 20 November - Khidmat bakti dan kepimpinan cemerlang Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Dr. Fairul Nizam Roslan...
PORTFOLIO BAHARU, CABARAN BERBEZA BUAT KHAIDHIRAH
SERI NEGERI 20 November - Pertukaran daripada portfolio pelaburan, perindustrian dan pembangunan TVET kepada Pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat menjadi...
DARIPADA TEKNOLOGI KE PELANCONGAN, FAIRUL NIZAM SAHUT CABARAN BAHARU
SERI NEGERI 20 November - Peralihan daripada portfolio Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital kepada Pelancongan, Warisan, Budaya dan Perpaduan...
RIDZUAN MULAKAN TUGAS EXCO DENGAN KUNJUNG HORMAT KE TIGA JABATAN
SERI NEGERI 20 November – Muhammad Ridzuan Mohd Sarif akan mengadakan kunjung hormat ke tiga jabatan berkaitan pertanian, alam sekitar...
HAMEED MAHU PERKUKUH INFRASTRUKTUR ASAS, TANGANI RISIKO BANJIR
SERI NEGERI 19 November - Menangani isu banjir serta memastikan kemudahan infrastruktur asas terus berada pada tahap baik menjadi keutamaan...

