
Lebih RM500 juta disalurkan bagi membangunkan ORS dan projek tebatan banjir
AYER KEROH 23 Julai – Peruntukan lebih RM500 juta disalurkan bagi membangunkan Projek Off River Storage (ORS) dan projek tebatan banjir di beberapa kawasan di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir negeri Datuk Seri Idris Haron berkata, kesemua projek terbabit bakal dibangunkan di beberapa daerah di negeri ini termasuk di Tasik Biru, Gadek, Sungai Jerneh dan Durian Tunggal,
Ujarnya, projek tebatan banjir secara bersistem tali air di sekitar kawasan Merlimau dan Masjid Tanah turut dibangunkan dalam perancangan terbabit.
“Kerajaan negeri merangka tiga fasa dalam mengatasi masalah banjir di negeri ini iaitu fasa pertama dimana fasa singkat ini kita laksanakan jadua berkala dan fasa kedua kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sedang mengenalpasti kawasan-kawasan rendah dan seterusnya akan membina kolam bagi airan air masuk.
“Dan fasa ketiga adalah yang terbesar sekali iaitu dengan perlaksanaan ORS ini” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
PPSPM CAPAI 70 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG
DUYONG 21 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berjaya mencapai hampir 70 peratus sasaran jumlah pengunjung bagi...
AKSI TEMPUR, LOMPAT API GEGARKAN SAMBUTAN MERDEKA MELAKA
SUNGAI UDANG 22 Ogos - Aksi lompatan merentasi api dan pemusnahan papan menjadi antara elemen baharu yang bakal dipersembahkan 64...
GELOMBANG 30,000 ANAK MUDA BAKAL GEGAR MITC
AYER KEROH 22 Ogos - Lebih 30,000 belia dijangka membanjiri Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bagi memeriahkan Karnival Anak Muda...
UMIS@UNIMEL: TRANSFORMASI UNIVERSITI DIGITAL, LESTARI
KUALA LINGGI 22 Ogos - Pelaksanaan UMIS@UNIMEL (University Management Information System) bakal menjadikan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) sebagai sebuah institusi...
800 ANGGOTA POLIS BERTUGAS, PASTIKAN KELANCARAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DI KLEBANG
AYER KEROH 22 Ogos – Kira-kira 800 anggota polis akan digerakkan bagi memastikan aspek keselamatan dan kelancaran lalu lintas sempena...
HARI KEBANGSAAN MELAKA: 30 BAS, 90 VAN SHUTTLE PERCUMA MUDAHKAN ORANG RAMAI
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sebanyak 30 bas dan 90 van ulang-alik (shuttle) percuma disediakan Kerajaan Negeri bagi memudahkan pergerakan...
