
BN kekal bertanding solo
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Barisan Nasional (BN) mengumumkan akan kekal bertanding berseorangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), November ini.
Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya berpendirian tidak akan bersama dengan mana mana parti dan kekal menggunakan logo parti itu dalam PRN Melaka.
“BN akan pergi berseorangan, bersendirian dan tidak akan bersama mana-mana parti dan akan guna logo sendiri sebagai sebuah parti yg melambangkan prinsip kemajkmukan masyarakat berbilang kaum dalam negara ini.
“Kita akan akan menurunkan 28 calon di 28 DUN dalam PRN Melaka.
“Setelah bersetuju dan berpakat bersama kita putuskan UMNO MCA dan MIC akan meletakkan calon (UMNO) di 20 kerusi di Melaka diikuti tujuh MCA dan satu MIC, ” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan calon BN diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pagi tadi.
Dalam pada itu, beliau berkata, BN menggunakan tema Kestabilan Demi Kemakmuran (Stability For Prosperity) agar kepentingan rakyat mampu diutamakan agar membawa kestabilan dalam pimpinannya.
“Stability For Prosperity ini diambil supaya kepentingan rakyat diberikan keutamaan.
” Maka sebab itu pengundi perlu berfikir sehabis baik untuk beri kepercayaan untuk bawa kestabilan dalam PRN Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
