Khairy seru terus sokong BN

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KOTA MELAKA 17 Nov – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memohon rakyat terus menyokong Barisan Nasional (BN) kerana calon yang dipilih mempunyai rekod prestasi untuk beri perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

Beliau yakin calon yang dipilih itu turut menunjukkan taat setia kepada parti dan diyakini tidak akan mengkhianati BN.

“Saya harap pengundi Melaka akan menyokong BN, yang pertamanya calon BN akan taat dengan parti, mereka tidak akan khianati parti dan akan memberikan perkhidmatan terbaik.

“Mereka adalah calon-calon BN yang mempunyai ‘track record’ (rekod prestasi) atau pengalaman untuk berikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya yang melawat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Melaka, di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Menteri Kesihatan berkata, beliau berpuas hati dengan pendekatan norma baharu digunakan BN untuk mendekati pengundi.

“Saya lihat walaupun SOP (prosedur operasi standard) ketat, namun disebabkan kita masih berdepan pandemik, BN membawa kempen norma baharu.

“(Pendekatan baru) melalui ceramah, media sosial dan juga perjumpaan dengan masyarakat yang tidak dijadualkan, pergi solat, kedai makan, ini adalah cara pendekatan baharu, selamat dan mematuhi SOP.

“Malah, ceramah yang dibuat menerusi atas trak, mesej sampai cuma pengundi tidak berkumpul di satu tempat yang menyebabkan risiko berlaku kluster, mereka berada di rumah, kedai makan, masih boleh dengar cerama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

496
Kongsi :
Previous post Jenazah Kapten Mohamad Affendi dibawa pulang ke Muadzam Shah
Next post JAPEN pergiat kempen IOW galak rakyat keluar mengundi
Ubah saiz-+=