
‘V Run For Fund’ bantu kutip dana TAM Melaka
AYER KEROH 31 Julai – V Run For Fund ’20 menyasarkan 4,000 penyertaan peserta dari seluruh negara.
Pengerusi Persatuan Telugu Malaysia (TAM) Melaka, V.N. Seenivasalu berkata, larian itu bagi mengumpul dana buat persatuan TAM Melaka.
“Peserta boleh mendaftar mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos ini, setiap peserta dikenakan bayaran RM62.99 dan akan menerima t-shirt serta e-sijil.
“Setiap peserta perlu membuat larian atau berjalan lima kilometer setiap hari bermula 1 September hingga 30 September bagi melengkapkan larian sejauh 150 kilometer,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media V Run For Fund ’20 di Bangunan Kota Cemerlang, hari ini.
Jelasnya, peserta yang melengkapkan keseluruhan larian akan menerima pingat.
“Kita akan beri pingat kepada mereka yang habiskan larian sejauh 150 kilometer.
“Diharap aktiviti ini dapat bantu persatuan ini mengumpul dana, 15 peratus daripada jumlah kutipan disalurkan kepada persatuan TAM Melaka,” katanya lagi.
Views:
Related
Berita Lain
KADAR PEMILIKAN RUMAH DI MELAKA CAPAI 85.6 PERATUS
AYER KEROH 13 Mei - Kadar pemilikan rumah di Melaka mencatatkan 85.6 peratus lebih kukuh berbanding peringkat nasional iaitu 78.0...
KAMPUNG DIGITAL: JPN MASUK KAMPUNG, MUDAHKAN PROSES TUKAR ALAMAT
DUYONG 13 Mei- Promosi berhubung inisiatif Kampung Digital akan terus dipergiat bagi meningkatkan kesedaran rakyat Melaka mengenai kepentingan mengemas kini...
MBMB, JAPERUN DUYONG SELARAS PENGGUNAAN PUSAT KOMUNITI BAHARU
DUYONG 13 Mei - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mengadakan perbincangan bersama Japerun Duyong bagi menyelaras penggunaan Pusat Komuniti...
PELAYARAN INDAH DENGAN MELAKA SEA CRUISE
DUYONG 13 Mei - Menikmati keindahan panorama matahari terbenam dari Selat Melaka menjadi antara tarikan yang ditawarkan Melaka Sea Cruise....
UMAR BAIHAQI BAWA IMPIAN BOLA SEPAK KE TAIWAN
PENGKALAN BATU 13 Mei - Pada usia lapan tahun, Muhammad Umar Baihaqi Muhammad Amri sudah melakar langkah besar dalam dunia...
AHMAD ‘SAKSI’ KEMAJUAN KAMPUNG ORANG ASLI AIR DUSUN
MACHAP JAYA 13 Mei - Penyediaan infrastruktur mengikut keperluan dan kesesuaian semasa menjadikan kehidupan penduduk di Kampung Orang Asli Air...


