
Ibadah korban di Melaka dijangka lebih rancak esok
MELAKA 31 Julai – Ibadah korban di negeri ini dijangka akan lebih rancak bermula esok berbanding hari ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md Azhan Samat berkata, perkara itu disebabkan oleh beberapa faktor antaranya Aidiladha yang jatuh pada hari Jumaat membuatkan tempoh masa untuk melakukan ibadah korban menjadi singkat.
“Mungkin sebab Aidiladha tahun ini jatuh pada hari Jumaat dan ramai yang akan menunaikan solat jumaat nanti. Jadi, untuk pagi ini mungkin hanya seekor dua korban yang dijalankan dahulu.
“Daripada maklumat yang saya dapat mungkin esok (Sabtu) akan lebih banyak dan kita di peringkat kerajaan negeri memang mematuhi standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Antara SOP yang dipatuhi ialah setiap masjid atau surau hanya dibenarkan menjalankan ibadah korban sebanyak 10 ekor sahaja sehari,” katanya.
Mengulas mengenai perjalanan ibadah korban tahun ini, Md Azhan percaya kemeriahan itu masih dirasai meskipun terpaksa dilakukan dalam norma baharu berikutan penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
“Saya percaya hampir kesemua masjid dan surau di Melaka tetap menjalankan ibadah korban. Cuma bilangannya sahaja mungkin berbeza. Tapi saya difahamkan ada masjid yang bilangan korbannya lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelum ini,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
