
Edar kanabis lebih 700 gram, penghantar makanan dihukum gantung
JOHOR BAHRU 24 Nov – Seorang penghantar makanan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 764.90 gram dadah jenis kanabis, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menjatuhkan hukuman itu ke atas Izad Shahizal Pungot, 41, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Dalam penghakimannya, Hakim Ahmad Kamal berkata pihak pembelaan gagal menyangkal anggapan di bawah Seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 terhadap pengedaran dadah, oleh itu mahkamah mendapati tertuduh bersalah bagi pertuduhan tersebut.
Izad Shahizal didakwa mengedar dadah itu di sebuah rumah di Pangsapuri Desa Dato’ Hajah Hasnah, di sini kira-kira 9.30 malam, 16 Jan 2018.
Pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Lapan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang berlangsung sejak 2019.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala peguam Shaik Saleem S. M. Daud mewakili tertuduh.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TAMPIL BERBEZA, ANGKAT ROH DAN JIWA WARISAN BUDAYA
KLEBANG 2 Mei - Melaka tampil berbeza apabola mengangkat ‘roh’ dan jiwa warisan budaya sebagai konsep penganjuran Melaka Water Music...
AYAM KAMPUNG SAGA: DARI HOBI JADI LUBUK REZEKI
GADEK 2 Mei - Bermula sekadar hobi seorang penternak wanita kini mampu menjana pendapatan sehingga mencecah RM7,000 sebulan hasil daripada...
REHDA MELAKA KOMITED PASTIKAN SEKTOR HARTANAH TERUS MAMPAN
AYER KEROH 2 Mei – Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Melaka komited untuk memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam...
1,000 AIR KELAPA PERCUMA UNTUK PENGUNJUNG MELAKA RIVER CRUISE MALAM INI
DUYONG 2 Mei - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan 1,000 air kelapa pandan percuma menerusi tawaran istimewa...
WRUR AYER KEROH: MPHTJ PERUNTUK RM20,000 BAIK PULIH KEDIAMAN UZUR
AYER KEROH 2 Mei - Inisiatif baik pulih kediaman penduduk dilaksanakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dianggap sebagai satu...
CAJ PARKIR PASAR BORONG DITURUNKAN BERKUAT KUASA 1 MEI
AYER KEROH 2 Mei - Isu kenaikan caj parkir di Pasar Borong Batu Berendam yang sebelum ini didakwa membebankan selesai...
