
Kadar pengangguran Melaka antara terendah di Malaysia
SERI NEGERI 4 Dis – Kadar pengangguran di Melaka berada di kedudukan kedua terendah dalam negara selepas Putrajaya meskipun berdepan cabaran pandemik COVID-19.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kadar pengangguran yang direkodkan ialah 2.2 peratus berbanding kadar peringkat nasional iaitu 4.5 peratus.
“Meskipun kadar pengangguran ini mencatat angka selesa, kerajaan negeri sentiasa melaksanakan inisiatif membantu rakyat mencari pekerjaan khususnya membabitkan golongan muda.
“Antara inisiatif yang dijalankan termasuklah penganjuran program bersama PERKESO iaitu Karbival Menjana Kerja Melaka Career Trans,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan tahniah dan taat setia pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2021 sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam Ke-72, di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HAS2026: PENGUNJUNG TAK PERLU BIMBANG SOAL PARKIR
BANDARAYA MELAKA 23 April- Orang ramai bercadang untuk hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Air Sedunia 2026 (HAS2026) Peringkat Kebangsaan di...
TVET PILIHAN UTAMA BINA MASA HADAPAN
AYER KEROH 23 April - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini menjadi satu keutamaan susuai dengan landskap ekonomi...
20 ANAK B40 MELAKA MELAKA BAKAL GENGGAM SAYAP PENERBANGAN
AYER KEROH 23 April - Anak Melaka cemerlang dalam akademik berasal daripada keluarga B40 yang bertuah berpeluang mengikuti latihan sebagai...
VETERAN ATM HILANG PENGLIHATAN TERIMA RUMAH BAHARU
GADEK 23 April - Struktur dan binaan rumah pusaka yang mengalami kerosakan dengan lantai reput serta bumbung berlubang menyebabkan pasangan...
DAPATAN KAJIAN ‘GO STRAIGHT’ PERSIMPANGAN HICOM PEGOH DIBENTANG MEI INI
TABOH NANING 23 April - Hasil kajian pelaksanaan inisiatif ‘Go Straight’ sedang dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Jawatankuasa Lalu...
MELAKA RIVER CRUISE ‘MELETUP’ DI MATTA FAIR MELAKA 2026
AYER KEROH 23 April - Penyertaan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam MATTA Fair Melaka 2026 yang berlangsung...
