
Pelaburan Melaka meningkat berbanding 2019, 2020
SERI NEGERI 4 Dis – Melaka menerima nilai pelaburan jauh lebih tinggi berbanding tempoh dua tahun sebelum ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Beliau berkata, meskipun berdepan cabaran ekonomi sejak pandemik COVID-19 melanda, Melaka telah menerima pelaburan berjumlah RM4.26 bilion pada Jan hingga Jun tahun ini.
Jumlah itu, katanya, jauh lebih tinggi berbanding nilai pelaburan RM0.9 bilion dan RM1.9 bilion yang diterima pada 2019 dan 2020.
“Tahun 2021 mula menampakkan sinar apabila Melaka menerima jumlah pelaburan yang lebih tinggi berbanding dua tahun sebelumnya iaitu berjumlah RM4.26 bilion untuk tempoh Jan hingga Jun tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan tahniah dan taat setia pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2021 sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam Ke-72, di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sektor pertanian negeri menunjukkan peningkatan positif sebanyak 3.7 peratus tahun ini iaitu daripada RM4.433 bilion kepada
RM4.598 bilion.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
