Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka 2021 buka tirai

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 4 Dis – Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2021 sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam Ke-72 dibuka tirai secara rasmi, hari ini.

Terdahulu, istiadat bagi sesi pertama itu dimulakan dengan ketibaan Mohd Ali kira-kira jam 8.54 pagi yang disambut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Sebanyak 17 das tembakan meriam dibunyikan menandakan bermulanya istiadat tersebut.

Majlis diteruskan dengan tabik hormat dan pemeriksaan perbarisan serta kawalan kehormatan.

MOHD Ali memberikan tabik hormat kepada perbarisan kawalan kehormat utama Batalion 15 RAMD (Kem Senawang) pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-72 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2021 di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh. Foto: MR. Azli

17 das tembakan meriam yang mengiringi istiadat dilepaskan oleh Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Senawang, Negeri Sembilan dan diiringi Pancaragam Iringan dari Pusat Kor Armor Diraja.

Istiadat penganugerahan itu akan berlangsung dalam tiga sesi bermula hari ini sehingga esok dengan mematuhi amalan serta prosedur operasi standard (SOP) norma baharu yang ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan COVID-19.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1370
Kongsi :
Previous post Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya ditutup, 135 lagi positif COVID-19
Next post Kadar pengangguran Melaka antara terendah di Malaysia
Ubah saiz-+=