
Letusan Gunung Semeru di Indonesia ragut 13 nyawa
JAKARTA, 5 Dis – Sekurang-kurangnya 13 maut akibat melecur manakala 98 lagi cedera susulan letusan Gunung Semeru di daerah Lumajang, Jawa Timur pada Sabtu.
Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia Abdul Muhari berkata mereka yang cedera termasuk dua wanita hamil dan kini menerima rawatan di hospital.
Operasi mencari dan menyelamat masih berterusan untuk memindahkan penduduk yang terperangkap, katanya dalam satu kenyataan.
BNPB juga berkoordinasi dengan tentera untuk memindahkan penduduk melalui jalan darat dan helikopter turut digunakan bagi mempercepat lagi operasi itu.
Gunung Semeru yang memiliki ketinggian 3,676 meter itu memuntahkan abu sehingga mencecah setinggi 12,000 meter pada 3.20 petang semalam.
Lahar daripada letusan gunung berapi itu turut memusnahkan kediaman berhampiran, menyebabkan 902 penduduk di daerah itu terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara di kampung Supiturang dan Curah Kobokan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KONGSI BERSAMA RAKYAT SELAGI ADA REZEKI – TOK RAOP
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Jumlah bantuan kepada rakyat Negeri Melaka bagi tahun ini dinaikkan kepada RM168.8 juta berbanding RM164...
BIARLAH SUMBANGAN INI MEMBAWA SENYUMAN – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Selepas hampir dua dekad Kerajaan Negeri masih meneruskan inisiatif sumbangan perayaan, sekali gus membuktikan nilai...
SLOGAN MESRA BUKAN SEKADAR ATAS KAIN RENTANG
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Menjaga kebajikan rakyat bukan hanya slogan semata-mata, tetapi bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MBMB PANTAU ISU PARKIR BAZAR AIDILFITRI
AYER KEROH 9 Februari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mempertingkat pemantauan pengurusan parkir kenderaan di kawasan Bazar Aidilfitri...
MELAKA ANGKAT ‘IDEA BERANI’ ANAK MUDA – KM
BANDA HILIR 9 Februari - Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan idea anak muda sebagai penanda aras kepada lebih banyak program riadah...
FESTIVAL MAKANAN, SUKAN PERMOTORAN BERSKALA MEGA DI MELAKA OKTOBER DEPAN
BANDA HILIR 9 Februari - Kerajaan Negeri menjemput penganjur Food & Drift Festival untuk menganjurkan program berkonsep makanan dan sukan...
