
Banjir: Pos Malaysia tutup operasi sementara
KUALA LUMPUR 19 Dis – Beberapa cawangan Pos Malaysia terpaksa menutup operasi susulan banjir besar melanda beberapa kawasan sejak Jumaat lalu.
Menerusi kenyataan dikeluarkan, Pos Malaysia memaklumkan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menjejaskan perkhidmatan kurier berkenaan.
“Harap maklum bahawa banjir besar berikutan hujan lebat menjejaskan perkhidmatan kaunter, penghantaran dan kutipan di kawasan terjejas.
“(Ia) termasuk penutupan operasi cawangan-cawangan Pos Malaysia yang terjejas,” kata kenyataan itu.
Menurut Pos Malaysia, perkhidmatan itu akan bersambung semula apabila keadaan pulih dan laluan dibuka seperti biasa.
Beberapa kawasan yang terjejas banjir di Kuala Lumpur dan Shah Alam termasuk Lembah Klang, Shah Alam dan Klang.
Selain itu, beberapa negeri lain turut dilanda banjir besar termasuk Pahang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA MILIKI 29 TAPAK WARISAN GEOLOGI
TELOK MAS 1 Julai - Sebanyak 29 tapak warisan geologi yang dikenal pasti di seluruh negeri ini bakal menjadi produk...
INISIATIF MPJ KURANGKAN BIROKRASI PEMBANGUNAN TANAH RIZAB DAPAT PENGIKTIRAFAN
JASIN 1 Julai – Komitmen Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memperkasakan pembangunan komuniti membuahkan...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026: 30 ACARA RANCAKKAN 3 DAERAH
AYER KEROH 1 Julai - Sebanyak 30 acara berbentuk sukan, rekreasi, warisan dan kebudayaan mewarnai Festival Sungai Melaka 2026 yang...
16 TAHUN BERJASA DENGAN MPAG, APC SUNTIK SEMANGAT ZURAIHA
BANDA HILIR 1 Julai – Pengorbanan termasuk bekerja hingga lewat malam dan mengekalkan disiplin yang tinggi menjadi pegangan Pembantu Tadbir...
PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN BERGERAK JADIKAN SENYUMAN LEBIH BERSERI
SERKAM 1 Julai - Komitmen untuk membudayakan amalan penjagaan gigi agar bersih, bersinar dan senyuman yang lebih berseri dalam kalangan...
KESIDANG LAHIR BELIA BERKUALITI DENGAN SUKAN
KESIDANG 1 Julai - Pelbagai kemudahan sukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang terus dinaik taraf bagi menyediakan ruang rekreasi...
