
Banjir: Hampir 800 mangsa dipindahkan di Melaka
AYER KEROH 19 Dis – Mangsa banjir di negeri ini terus meningkat apabila merekodkan seramai 729 orang sehingga petang ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu diperoleh sehingga jam 4 tadi berbanding hanya 595 pada tengah hari.
Beliau berkata, susulan itu satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Merdeka di Melaka Tengah, membabitkan 23 keluarga.
“Daerah Alor Gajah terus merekodkan penambahan mangsa apabila 97 keluarga membabitkan 483 mangsa dilaporkan terjejas selepas kediaman mereka terjejas.
“Di daerah Melaka Tengah pula seramai 246 orang dilaporkan terjejas membabitkan 59 keluarga,” katanya.
Menurut beliau, sehingga petang ini sebanyak 10 PPS di buka masing-masing tujuh di Alor Gajah dan tiga di Melaka Tengah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FORMULA YB ALONG NOKTAHKAN PENANTIAN ANAK PENEROKA
ASAHAN 24 Ogos - Penantian kira-kira 15 tahun 106 generasi kedua peserta Felcra Bukit Sedanan di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
KAMPUNG DIGITAL MELAKA SELESAI, 82,000 KEDIAMAN DAN PREMIS TERIMA ALAMAT BAHARU
SERI NEGERI 24 Ogos - Inisiatif Kampung Digital yang pertama seumpamanya di Malaysia kini telah selesai sepenuhnya membabitkan sebanyak 618...
INISIATIF MESRA, WRUR BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI PADA RAKYAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) adalah satu bukti keprihatinan, cakna dan ambil tahu Kerajaan Negeri...
ZIANA ZAIN BERSEMANGAT TERUS HARUMKAN NAMA MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain yang kini bergelar Datuk menyifatkan penerimaan anugerah Darjah Kebesaran...
PENCAPAIAN ATLET BUKTI PEMBANGUNAN SUKAN MELAKA BERJAYA
SERI NEGERI 24 Ogos - Kerajaan Negeri terus memperkasa pembangunan belia dan sukan sebagai platform melahirkan generasi muda yang berdaya...
INISIATIF PERKASA KETERJAMINAN MAKANAN MELAKA DAPAT PERHATIAN TUN DR. MOHD ALI
SERI NEGERI 24 Ogos - Inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk terus memperkasakan aspek keterjaminan makanan di Melaka mendapat perhatian Yang...
