
Ketua isi rumah mangsa kebakaran Perumahan Awam Sri Johor dapat RM1,000
KUALA LUMPUR, 19 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini mengumumkan bahawa setiap ketua isi rumah mangsa kebakaran Perumahan Awam Sri Johor di Cheras akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.
“Seperti yang saya umumkan di Selangor pagi tadi mengenai bantuan untuk mangsa bencana, kebakaran ini juga merupakan bencana, jadi kita akan berikan RM1,000 kepada mereka yang terlibat yang menjadi mangsa kebakaran,” katanya selepas melawat kawasan kebakaran itu malam tadi.
Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Selain itu, Ismail Sabri berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan kediaman baharu buat mangsa kebakaran terbabit yang melibatkan lapan unit rumah di tingkat teratas bangunan empat tingkat itu.
“Tingkat tiga ke bawah sekiranya tidak membahayakan penduduk boleh berpindah masuk ke rumah,” katanya.
Menurut perdana menteri kebakaran itu berjaya dikawal oleh pihak bomba, namun punca kebakaran masih dalam siasatan.
Dalam kejadian pada kira-kira 9.20 malam itu, lapan rumah di tingkat lima Blok 31 Perumahan Awam Sri Johor, Cheras terbakar dan operasi pemadaman masih dijalankan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN BERGERAK JADIKAN SENYUMAN LEBIH BERSERI
SERKAM 1 Julai - Komitmen untuk membudayakan amalan penjagaan gigi agar bersih, bersinar dan senyuman yang lebih berseri dalam kalangan...
KESIDANG LAHIR BELIA BERKUALITI DENGAN SUKAN
KESIDANG 1 Julai - Pelbagai kemudahan sukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang terus dinaik taraf bagi menyediakan ruang rekreasi...
APC IKTIRAF BAKTI PENJAWAT AWAM PERKASA PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 1 Julai – Pengalaman ditugaskan di pelbagai jabatan dan berani menyahut cabaran untuk mempelajari perkara baharu menjadi kunci...
POLIS MELAKA SUDAH BERSEDIA HADAPI PRN KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Polis Kontinjen Melaka melakukan persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. Ketua...
TERIMA KASIH TOK RAUF, RAKYAT PUAS HATI MAKAN DURIAN PERCUMA
ASAHAN 1 Julai - Inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh belanja durian secara percuma untuk penduduk di...
KERJASAMA SEMUA AGENSI PASTIKAN KELANCARAN PRN MELAKA KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Kerjasama semua agensi berkaitan amat penting bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak...
