Melaka komited kekalkan negeri hijau bebas pandemik

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

LENDU 6 Ogos – Melaka terus komited memerangi COVID-19 dengan mengekalkan status negeri hijau selepas hampir dua minggu sifar dari pandemik terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Rahmad Mariman berkata, pelbagai strategi terus diperkasakan sebagai langkah pencegahan wabak itu diseluruh negeri terutama di pintu masuk antarabangsa.

Ujarnya, saringan bersasar terus dijalankan bagi mereka yang pulang mahupun ke luar negara agar bagi memastikan pandemik ini terus dicegah.

“Ujian saringan terus dijalankan seperti biasa dan hari ini kita masih menunggu dua keputusan saringan daripada dua individu di negeri ini.

“Dimana kebanyakkkan ujian saringan yang kita jalankan sebelum ini adalah daripda kalangan pesakit influensza di hospital malah Orang Kena Tahan (OKT) turut diambil ujian saringan ini.

“Jadi setakat hari ini dua individu yang masih menunggu keputusan terbabit adalah seorang disaring disyaki daripada kes import dan seorang lagi adalah OKT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Penyerahan Kit COVID-19 kepada sekolah-sekolah di ZON Masjid Tanah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba, di sini pagi tadi.

Rahmad berkata, penguatkuasaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) tetap diteruskan seperti biasa bagi memastikan rakyat dan pelancong mematuhi SOP yang ditetapkan

“Langkah yang diambil menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap diteruskan dan kita pastikan setiap SOP itu masih dijalankan seperti biasa,” katanya.

Views:

241
Kongsi :
Previous post Hampir 200,000 OKU terima manfaat PRIHATIN
Next post Hukuman menanti pemasang Jalur Gemilang terbalik
Ubah saiz-+=