
Tiada sambutan Tahun Baharu 2022 di Melaka – KM
AYER KEROH 23 Dis – Melaka tidak akan mengadakan sambutan tahun baharu 2022, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira terhadap penularan wabak COVID-19 yang bakal berlaku selain bencana banjir yang baharu berlaku di negeri ini.
“Sambutan Tahun Baharu 2022 dalam tempoh pandemik ini tidak perlu lagi diadakan.
“Buat masa ini sambutlah dengan keluarga masing-masing di rumah jaga kesihatan di rumah sendiri.
“Negeri kita baru saja berlaku bencana banjir, jangan pula sambutan nanti ada kes penularan wabak COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di Bilik Bijasura Seri Negeri, di sini hari ini.
Ujarnya, biarpun tidak menyambut tahun baharu, orang ramai dinasihatkan untuk meraikannya bersama keluarga sendiri di rumah.
“Bagi orang Islam buatlah majlis doa selamat begitu juga bagi penganut agama lain ikut mereka punya kepercayaan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PELABURAN SEKTOR F&B
PAYA RUMPUT 25 Mei - Perkembangan industri makanan dan minuman (F&B) termasuk pembukaan lebih banyak restoran makanan segera di negeri...
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antara agensi terawal yang tampil bagi menghulurkan bantuan kepada kepada...
PERMUDAHKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei – Kerajaan Negeri akan mempermudahkan urusan dan membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, mendapatkan kediaman baharu selepas...
PANGGILAN VIDEO DARI TANAH SUCI BUKTI KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Panggilan video daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kini sedang menunaikan ibadah...
MUSIM RAYA, MACHAP UMBOO DIBANJIRI PELANCONG
MACHAP JAYA 25 Mei - Sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Machap Umboo sentiasa menjadi acara yang dinantikan saban tahun...
MPJ TINGKATKAN STANDARD KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN
JASIN 25 Mei - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meningkat standard aspek kebersihan dan kesihatan awam melibatkan premis makanan dalam kawasan...
