
Banjir: Umat Islam diseru adakan solat hajat, bacaan Yasin
KUALA LUMPUR, 23 Dis – Umat Islam di seluruh negara diseru melaksanakan solat sunat hajat dan membaca surah Yasin bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara, susulan bencana banjir yang melanda negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata beliau juga telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin selepas solat Maghrib malam ini di tiga masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
“Saya juga memohon kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.
“Pada malam ini, saya dan anggota agensi hal ehwal Islam akan bersama-sama para jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut meminta kerjasama jabatan agama Islam negeri agar bersama-sama mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin di masjid dan surau di negeri masing-masing bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan negara. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PELABURAN SEKTOR F&B
PAYA RUMPUT 25 Mei - Perkembangan industri makanan dan minuman (F&B) termasuk pembukaan lebih banyak restoran makanan segera di negeri...
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antara agensi terawal yang tampil bagi menghulurkan bantuan kepada kepada...
PERMUDAHKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei – Kerajaan Negeri akan mempermudahkan urusan dan membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, mendapatkan kediaman baharu selepas...
PANGGILAN VIDEO DARI TANAH SUCI BUKTI KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Panggilan video daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kini sedang menunaikan ibadah...
MUSIM RAYA, MACHAP UMBOO DIBANJIRI PELANCONG
MACHAP JAYA 25 Mei - Sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Machap Umboo sentiasa menjadi acara yang dinantikan saban tahun...
MPJ TINGKATKAN STANDARD KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN
JASIN 25 Mei - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meningkat standard aspek kebersihan dan kesihatan awam melibatkan premis makanan dalam kawasan...
