
Banjir: Dua kanak-kanak antara diselamatkan bomba di Merlimau
MERLIMAU 2 Jan – Dua kanak-kanak antara mangsa yang diselamatkan sepasukan bomba dalam bencana banjir yang berlaku di Kampung Seri Lanchang, di sini, tengah hari tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau PBK II Sofian Hasan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.39 tengah hari tadi dan tiba ke lokasi enam minit kemudian.
Katanya, seramai lima anggota digerakkan dan membantu memindahkan empat mangsa iaitu seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa serta kanak-kanak lelaki dan perempuan.
“Kesemua mangsa yang diselamatkan kemudiannya dipindahkan menaiki lori angkut.
“Operasi terkawal pada jam 12.52 tengah hari tadi,” katanya dalam satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TAPEM SUMBANG RM30,000 KEPADA 12 PERSATUAN MAHASISWA ANAK MELAKA
SERI BENDAHARA 12 Mac - Sebanyak 12 persatuan mahasiswa anak Melaka daripada 12 institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar...
PULAU MELAKA BAKAL JADI ‘PIT STOP’ P-HAILING
SERI BENDAHARA 12 Mac - Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan sebuah bangunan dilengkapi fasiliti di Pulau Melaka sebagai kemudahan tempat...
LEBIH 2,000 PENGGIAT GIG MELAKA MOREH BERSAMA KETUA MENTERI
SERI BENDAHARA 12 Mac - Lebih 2,000 rakan penghantar makanan dan pemandu e-hailing dari seluruh negeri ini berhimpun dan memeriahkan...
PERUNTUKAN BANTUAN PENDIDIKAN MAHASISWA ANAK MELAKA MENINGKAT RM240,000 – KM
SERI BENDAHARA 11 Mac - Kerajaan Negeri membuktikan komitmen dan keprihatinan terhadap sektor pendidikan serta pembangunan mahasiswa anak Melaka menerusi...
GAGASAN ‘MESRA’ TOK RAOP SANTUNI 450 MAHASISWA ANAK MELAKA
SERI BENDAHARA 11 Mac - Seramai 450 mahasiswa anak jati Melaka daripada 19 institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara bersama...
LEBIH 5,000 PARKIR PERCUMA SELAMA SEMINGGU DI ALOR GAJAH
AYER KEROH 11 Mac - Inisiatif parkir percuma selama tujuh hari yang diumumkan Kerajaan Negeri sempena Aidilfitri membabitkan sebanyak lebih...

