
Banjir: Air cecah paras lutut di Taman Tamby Chik Karim
BATU BERENDAM 2 Jan – Penduduk di Taman Tamby Chik Karim, di sini, tidak terkecuali terlibat dengan bencana banjir yang berlaku di negeri ini sejak jam 12.30 tengah malam tadi.
Menurut penduduk dikenali sebagai Shukor berkata, setakat ini kesemua rumah di taman berkenaan telahpun dimasuki air.
“Setakat ini kebanyakkan rumah dah masuk air, lorong belakang rumah hampir semua sudah dipenuhi air hingga paras lutut.
“Kenderaan pun dah tak boleh lalu lorong belakang rumah, rumah saya lantai tinggi jadi air masih belum masuk cuma di luar dah paras betis,” katanya kepada MHI.
Katanya, buat masa ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telahpun datang untuk memberi bantuan.
“Saya dan keluarga setakat ini masih belum pindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) lagi, tapi kami sentiasa ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
