
BKSA nafi lepaskan air dari Empangan Durian Tunggal
AYER KEROH 2 Jan – Kerajaan negeri tidak membuat sebarang keputusan untuk melepaskan air dari Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus di negeri ini.
Pengarah Sumber Air Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka Faizah Abdul Rahman berkata, ia kerana kadar limpahan yang berlaku adalah terkawal iaitu hanya melalui sistem ‘spillway’ sedia ada.
“Kenyataan yang telah ditularkan berkaitan pelepasan air Empangan Durian Tunggal itu adalah tidak tepat.
“Ia adalah merujuk kepada pintu air (tidal gate) di sungai yang dibuka bagi melancarkan aliran air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk rekod paras air di kedua-dua empangan tersebut telahpun mencapai 100 peratus.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM RINGANKAN BEBAN MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 9 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menunjukkan keprihatinan sebagai sebuah agensi yang menjaga kebajikan rakyat dengan...
PENUTUPAN SEMENTARA ‘FAST LANE’ LEBUH AYER KEROH HINGGA 19 FEBRUARI
AYER KEROH 9 Januari - Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal berikutan gangguan trafik sementara susulan penutupan...
200 ANAK-ANAK MACHAP JAYA DAPAT MANFAAT GUNTING RAMBUT PERCUMA
MACHAP JAYA 9 Januari - Inisiatif gunting rambut percuma menerusi program Back to School yang dilaksanakan bukan sahaja sebagai persiapan...
DUA MOTOSIKAL BERTEMBUNG DI PULAU SEBANG, LELAKI MAUT
ALOR GAJAH 9 Januari - Pemandu lori maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dalam kejadian di Jalan Pulau Sebang, di...
‘CHANNEL KAK SOM UNTUK SEMUA’ PLATFORM DEKAT DENGAN RAKYAT
PENGKALAN BATU 9 Januari - Inisiatif mewujudkan saluran 'Channel Kak Som Untuk Semua' menerusi aplikasi kumpulan WhatsApp membuka ruang komunikasi...
FUNWALK @ MPJ AJAK WARGA JASIN KEKAL SIHAT
JASIN 9 Januari – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengajak warga Jasin dan kawasan sekitar memeriahkan Funwalk @ MPJ yang menjadi...
