Banjir: Situasi di Melaka kian buruk, hampir 1,800 mangsa dipindahkan

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 2 Jan – Situasi banjir di Melaka kian memburuk apabila seramai 1,778 mangsa melibatkan 462 keluarga telah dipindahkan setakat jam 8 malam ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka juga meningkat kepada 20 berbanding 19, petang tadi.

Katanya, setakat ini 10 PPS dibuka di daerah Alor Gajah, lapan di Melaka Tengah dan dua di Jasin.

“PPS yang terbaharu dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa di daerah Alor Gajah yang kini dalam proses pendaftaran,” katanya.

Beliau berkata, jumlah mangsa tertinggi buat masa ini ialah di PPS SK Krubong yang menempatkan seramai 303 mangsa, diikuti PPS SK Taman Merdeka (230 mangsa), PPS SRA JAIM Jelatang (188 mangsa), PPS SK Seri Pengkalan (165 mangsa) dan PPS SK Batu Berendam 1 (162 mangsa).

Selain itu, jumlah kawasan yang terjejas turut meningkat kepada 27 kawasan membabitkan 14 di daerah Alor Gajah, sembilan di Melaka Tengah dan empat di Jasin.

Di Alor Gajah, kawasan terjejas melibatkan Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau, Kampung Telok Berembang, Kampung Bukit Balai, Kampung Gangsa dan Taman Angkasa Nuri.

KETUA Menteri meninjau keadaan banjir di sekitar Taman Merdeka.

Manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya, Taman Tambhy Chik Karim, Rumah Awam Peringgit, Kampung Bachang Darat, Balai Panjang dan Bertam Malim.

Di Jasin pula, kawasan yang terjejas ialah di Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang Kampung Tersusun Rambai Jaya dan Kampung Tasek.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1337
Kongsi :
Previous post BKSA nafi lepaskan air dari Empangan Durian Tunggal
Next post Banjir: Agih makanan masak kepada mangsa di Peringgit
Ubah saiz-+=