
Banjir: TYT seru rakyat Melaka sentiasa waspada
MELAKA 2 Jan – Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menyeru rakyat negeri ini agar sentiasa berwaspada dengan musibah banjir yang berlaku.
Dalam satu kenyataan di Facebook Istana Melaka, Tun Mohd Ali turut meminta semua mangsa terlibat akur dengan arahan pihak berkuasa untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) demi keselamatan.
“Saya juga menyeru agar rakyat Melaka sentiasa berwaspada dan akur dengan arahan pihak berkuasa untuk berpindah ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) semasa banjir bagi keselamatan diri dan keluarga masing-masing,” katanya.
Dalam pada itu, Tun Mohd Ali turut mengadakan lawatan ke PPS Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka, petang tadi bagi menyantuni mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di situ.
Kehadiran beliau turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ts Kamel Mohamad.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TABOH NANING TERUS MEMBANGUN, RM36 JUTA ATASI KESESAKAN
TANJUNG BIDARA 28 Oktober - Peruntukan RM36 juta bagi melebarkan jalan menuju ke Tol Simpang Ampat bakal menjadi antara usaha...
ZAHID PILIH TANJUNG BIDARA, IRINGI AB RAUF PADA HARI PENAMAAN CALON
TANJUNG BIDARA 28 Oktober – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk mengiringi calon...
LENDU MENITI TRANSFORMASI, RM430 JUTA AKHIRI EPISOD BANJIR
TANJUNG BIDARA 28 Oktober - Peruntukan RM430 juta bagi pelaksanaan rancangan tebatan banjir baharu dari Masjid Tanah hingga Sungai Baru...
AYER LIMAU BAKAL JADI LUBUK REZEKI, 2,000 EKAR KAWASAN INDUSTRI DIBANGUNKAN
AYER LIMAU 28 Oktober - Pembangunan kawasan perindustrian baharu seluas 2,000 ekar di Lubok China bakal membuka peluang ekonomi lebih...
SAMBUNGAN JAJARAN WCE MAMPU PACU MASJID TANAH ANTARA KAWASAN TERMAJU DI MELAKA – ZAHID
TANJUNG BIDARA 27 Oktober – Cadangan menyambung jajaran Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Banting, Selangor ke Masjid Tanah dilihat...
104 AHLI PKR TANJUNG BIDARA SERTAI UMNO
TANJUNG BIDARA 27 Oktober – Seramai 104 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Tanjung Bidara mengambil keputusan menyertai UMNO, sekali...
