
Pinjaman mikro RM33j diluluskan bagi pemulihan pasca banjir – PM
Beliau berkata bagi sumbangan Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GDRN), sebanyak 60 peratusĀ daripada sumbangan berjumlah RM58 jutaĀ telah berjaya dilaksanakan.
āSusulan pengumuman kerajaan mengenai pemberian Baucer Pembelian Barangan Elektrik, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KetSA) akan menggunakan mekanisme KelestarianĀ dicapai melalui Kecekapan Tenaga (SAVE) iaitu penerima boleh mula membuat pembelian di premis terpilih atau secara dalam talian bermula 7 JanĀ 2022.
āPada tarikh yang sama, diskaun dan Baucer Pembaikan Kenderaan juga akan terpakai bagi pembaikan dari 19 DisĀ 2021,ā katanya dalamĀ kenyataan selepasĀ mempengerusikanĀ Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022, hari ini.
Perdana Menteri turut menerima taklimat status tindakan daripada enam kluster yang telah ditubuhkan bagi mengurus inisiatif Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022.
Ismail Sabri berkataĀ permohonan bagi Pinjaman Bantuan Bencana untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bank Negara Malaysia (BNM) telah mula dibuka untuk permohonan pada 27 DisĀ 2021.
āPermohonan moratorium sehingga enamĀ bulan bagi pinjaman sedia ada boleh dibuat bermula 19 DisĀ 2021,ā katanya.
Bagi pinjaman TEKUN untuk PMKS yang telah diumumkan pada 20 Dis lepas, katanyaĀ pelaksanaan telah pun bermula pada 1 JanĀ 2022, melibatkan dana sebanyak RM30 juta.
āBagi inisiatif Pembersihan dan Pembaikan Infrastruktur Awam, dana berjumlah RM25 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri,ā katanya.Ā – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


