Khatam al-Quran 30 juzuk bukan penamat graduan MAZ

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 3 Jan – “Khatam al-Quran 30 juzuk bukan penamat buat graduan tapi permulaan untuk belajar lebih jauh hingga berjaya mendapatkan SPM dan ke peringkat lebih tinggi,” ujar Mufti Kerajaan Negeri Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Beliau berkata umat Islam dengan al-Quran saling menjaga antara satu sama lain dan penguasaan Bahasa Arab adalah satu keperluan kepada graduan untuk pergi lebih jauh lagi.

“Jika ditanya pada saya bagaimana nak buka madrasah, secara peribadi saya akan cakap pergi tengok Madrasah Azzakirin (MAZ). MAZ mempunyai tanda aras sendiri dan memenuhi kriteria ditetapkan pihak berwajib dalam proses penubuhan dan pengoperasian sebuah madrasah yang berdaftar.

“MAZ mula operasinya sejak 2015 berusaha untuk memenuhi keperluan sistem pendidikan khusus kepada hafazan al-Quran melalui para tenaga pengajarnya yang terlatih, mempunyai kemudahan infastruktur yang lengkap.

“Selain silibus pengajian yang tersusun dan lembaga pengurusan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agar selari dengan keperluan semasa,” katanya selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kali Ke-2 MAZ di Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh, baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Akmal Nadzim Abdullah.

Pada majlis itu seramai 17 graduan ambilan kedua dan ketiga MAZ Ketapang Pernu, menerima sijil masing-masing setelah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh pengajian sekurang-kurangnya empat tahun termasuk yang berjaya syahadah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

925
Kongsi :
Previous post Pinjaman mikro RM33j diluluskan bagi pemulihan pasca banjir – PM
Next post LKIM buka pasar bergerak di lokasi terlibat banjir
Ubah saiz-+=