
Banjir: Jumlah mangsa di pusat pemindahan semakin berkurangan
MELAKA 6 Jan – Enam pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka dengan menempatkan seramai 466 mangsa membabitkan 128 keluarga setakat pagi ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu semakin berkurangan berbanding seramai 543 mangsa pada jam 4 petang semalam.
Katanya, ia susulan tiga PPS di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah ditutup petang semalam selepas mangsa sudah pulang ke kediaman masing-masing.
“Setakat jam 8 pagi ini, seramai 61 mangsa membabitkan 19 keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China dan Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam, Alor Gajah.
“Bagi daerah Melaka Tengah, hanya PPS SK Peringgit masih dibuka dengan menempatkan 13 mangsa daripada empat keluarga.
“Manakala bagi daerah Jasin, jumlah mangsa yang dipindahkan di SK Parit Penghulu, SMK Seri Mendapat dan SMK Sungai Rambai masih tinggi iaitu seramai 392 orang membabitkan 105 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata tiga PPS yang ditutup selepas jam 4 petang semalam adalah PPS SK Gangsa, SK Taman Merdeka dan SK Batu Berendam 1.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ACIK ZUL TAK JANJI YANG ‘BOMBASTIK’ TAPI JANJI REALISTIK
TABOH NANING 5 November - Penyandang kerusi N05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin merancang pembangunan...
PRN MELAKA: 80 PERATUS ISU BANJIR DUN AYER LIMAU BERJAYA DITANGANI – HAMEED
AYER LIMAU 5 November - Lebih 600 rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) N03 Ayer Limau terjejas akibat banjir besar...
PRN MELAKA: BN PERINCI GERAK KERJA PDM, SASAR PENGUNDI KELUAR AWAL
REMBIA 5 November - Barisan Nasional (BN) Melaka memperkemas strategi gerak kerja jentera di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan...
PRN MELAKA: EPISOD LOMPAT PARTI TIDAK AKAN BERULANG DI REMBIA – AB RAUF
REMBIA 5 November - Jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, sejarah wakil rakyat atau...
KELUHAN RAKYAT BUKAN BEBAN, SEBALIKNYA AMANAH – NADARAJAH
GADEK 5 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, S Nadarajah menegaskan kesediaan menjadi pendengar...
NADARAJAH BUKAN ORANG BAHARU DALAM KHIDMAT MASYARAKAT DUN GADEK
GADEK 5 November - Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yakin calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri...
