
Warga emas maut terbabas sendiri
ALOR GAJAH 10 Ogos – Mayat lelaki warga emas ditemui maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Teluk Gong, Pengkalan Balak, di sini.
Kejadian dikatakan berlaku kira- kira jam 7.45 pagi apabila warga emas terbabit Mohd Raub Lawi, 62, menunggang motosikal seorang diri.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, pihak polis menerima maklumat terdapat kemalangan kejadian kira- kira jam 8.05 pagi daripada orang awam.
“Sejurus tiba dilokasi kejadian, polis mendapati terdapat mayat lelaki di tebing tanah.
“Mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui lokasi kejadian sehingga terbabas ke bahu jalan sebelah kiri,” katanya.
Beliau berkata, turut ditemui dilokasi kejadian sebuah motosikal jenis Demak dipercayai milik mangsa.
“Sebelum kejadian warga emas terbabit dikatakan dalam perjalanan dari arah Pengkalan Balak menghala ke Kuala Sungai Baru.
“Mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian dan kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat,” katanya.
Arshad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Views:
Related


Berita Lain
30 LEMBU KORBAN DIAGIHKAN KE LOKASI TERPILIH SEKITAR PARLIMEN TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 25 Mei - Sebanyak 30 ekor lembu korban diagihkan ke masjid dan surau terpilih seluruh Parlimen Tangga Batu...
MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PELABURAN SEKTOR F&B
PAYA RUMPUT 25 Mei - Perkembangan industri makanan dan minuman (F&B) termasuk pembukaan lebih banyak restoran makanan segera di negeri...
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antara agensi terawal yang tampil bagi menghulurkan bantuan kepada kepada...
PERMUDAHKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei – Kerajaan Negeri akan mempermudahkan urusan dan membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, mendapatkan kediaman baharu selepas...
PANGGILAN VIDEO DARI TANAH SUCI BUKTI KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Panggilan video daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kini sedang menunaikan ibadah...
MUSIM RAYA, MACHAP UMBOO DIBANJIRI PELANCONG
MACHAP JAYA 25 Mei - Sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Machap Umboo sentiasa menjadi acara yang dinantikan saban tahun...
