Norhizam letak jawatan pengakap

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 10 Ogos – Jawatankuasa Tertinggi Majlis Pengakap Negeri Melaka (MPNM) diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee mengumumkan perletakan jawatan serta merta.

Pengerusinya, Norhizam berkata, keputusan itu dibuat selepas mendakwa berlaku ketirisan dalam Pengurusan Beruniform Pengakap Negeri dan tiada sebarang tindakan walaupun sudah dilaporkan kepada Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

Menurut beliau yang mengetuai kepimpinan itu sejak April tahun lalu berkata, turut bersamanya melepas jawatan tiga jawatankuasa tertinggi lain iaitu Timbalan Pengerusi, Muhammad Muhaimin Lau Abdullah; Setiausaha Kehormat, Azlan Mokhtar dan Bendahari Kehormat, Norman Burhan.

“Selain memfitnah kemasukan wang ke dalam akaun Japerun dan bukan ke akaun majlis mereka sering membuat keputusan berhubung kewangan dengan membelakangi MPNM selain didakwa tidak berintegriti.

“Malah sumbangan yang diberi daripada individu tidak dimaklumkan kepada MPNM selain memfitnah pengerusinya,” dakwanya pada sidang media di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani dan Koperasi mendakwa, apa yang berlaku telah menghakis keyakinan ahli-ahli pengakap termasuk penyumbang.

Dakwa Norhizam lagi, kesan daripada itu juga menyebabkan beban hutang yang tinggi dan keadaan itu menjejaskan prestasi kewangan.

“MPNM dibuat hanya sebagai boneka dan keadaan itu menghakis keyakinan para ahli pengakap serta penyumbang.

“Ia turut memberi kesan yang mana menggambarkan imej selain identiti yang tidak sihat dan dengan itu kami mengambil keputusan meletak jawatan serta merta bermula hari ini,” katanya.

Views:

431
Kongsi :
Previous post Terpaksa buat kerja lain demi keluarga
Next post Warga emas maut terbabas sendiri
Ubah saiz-+=