
Lelaki cedera sewaktu tuntut hutang
SEREMBAN, 12 Jan – Seorang lelaki cedera semasa pergelutan selepas terkena senjata tajam yang dipegang rakannya dalam kejadian di Taman Dusun Setia, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Shahrizad Abu Kaseh, 30, pergi ke rumah rakannya untuk mengutip hutang.
Beliau berkata berdasarkan siasatan, rakan mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan telah meminjam wang daripadanya pada minggu lepas dan berjanji akan membayar hutang tersebut selepas menerima gaji.
“Bagaimanapun, berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan lelaki itu sehingga berlaku pergelutan antara mereka sehingga terjatuh di atas jalan raya.
“Pada masa yang sama, suspek yang memegang senjata tajam telah terkena pada bahagian kanan dada mangsa sehingga berdarah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata Mohd Shahrizad dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk rawatan.
Suspek telah melarikan diri dan usaha mengesan suspek masih diteruskan, katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘DATANG AYER LIMAU TAK SAH KALAU TAK JAMAH SERABAI’
AYER LIMAU 11 September - Mungkin kerana kurang popular tidak ramai lagi yang menjual kuih serabai, namun keadaan itu dianggap...
MAULID ARBAIN SEMARAK CINTA RASUL DI TAMAN KRUBONG PERDANA
PAYA RUMPUT 12 September - Taman Krubong Perdana disuburi dengan suasana kecintaan terhadap Rasulullah SAW apabila menjadi lokasi penganjuran Program...
PERPUSTAM PERKASA BUDAYA MEMBACA MENERUSI WRUR
AYER LIMAU 11 September - Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) terus memperkasa budaya membaca dalam kalangan anak Melaka menerusi penganjuran...
INSENTIF BELANJA RAKYAT LEGAKAN GOLONGAN KURANG MAMPU
AYER LIMAU 11 September - Pemberian Insentif Belanja Rakyat yang disalurkan Kerajaan Negeri kepada golongan yang layak disifatkan amat bermakna...
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
