
Upin & Ipin idea asal pelakon suara Opah – Les’ Copaque
SHAH ALAM 17 Jan – Siri animasi kanak-kanak, Upin & Ipin adalah rekaan semata-mata dan telah ditulis sepenuhnya oleh produksi Les’ Copaque Production.
Menerusi kenyataan dikeluarkan di laman syarikat itu, setiap siri yang disiarkan telah memetik idea asal dari Hajah Ainon yang juga pelakon suara Opah dalam siaran tersebut.
“Ianya tidak diambil atau diinspirasi dari kisah sesiapa yang masih hidup atau pun yang telah tiada.
“Setiap cerita yang ditulis bukan sahaja mudah difahami tetapi juga sarat dengan mesej yang bermanfaat,” katanya.
Terdahulu, sebuah video tular di aplikasi ‘TikTok’ mengaitkan kisah perjalanan asal watak utama animasi itu mendakwa telah mengaitkan dengan kisah seorang penduduk di Palu, Sulawesi, Indonesia.
Video yang ditularkan turut berkongsi gambaran imej sebenar kediaman asal watak animasi terkenal itu dan turut memaparkan tanah perkuburan yang mendakwa Upin telah meninggal dunia pada 1995 manakala Ipin meninggal dunia pada 1996.
Video tular itu telah menerima ribuan kritikan dan pendapat pelbagai pihak serta lebih 120,000 netizen memberi respon tanda suka pada platform berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: BN SASAR TAMBAH DUA HINGGA TIGA – AB RAUF
JASIN 23 Oktober β Barisan Nasional (BN) menyasarkan penambahan dua hingga tiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
LIMA DUN PARLIMEN JASIN MESTI KEMBALI KE PANGKUAN BN – TOK RAUF
JASIN 23 Oktober β Barisan Nasional (BN) menyasarkan untuk merampas semula kesemua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen...
BN SASAR KEMENANGAN LEBIH BESAR DI PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 23 Oktober - Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor menyasarkan kemenangan lebih besar pada Pilihan...
BN PERLU PERBAIKI KELEMAHAN SENDIRI HADAPI PRN MELAKA – AHMAD ZAHID
JASIN 23 Oktober - Barisan Nasional (BN) perlu memperbaiki kelemahan dalaman dan memperkukuh penyusunan jentera bagi mengelakkan kesilapan lalu berulang...
PRN MELAKA: AB RAUF βPOSTER BOYβ UMNO-BN – AHMAD ZAHID
JASIN 23 Oktober β Presiden UMNO Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri...
JENTERA UMNO DIMINTA BANTU KEMENANGAN RAKAN STRATEGIK
JASIN 23 Oktober β Jentera UMNO diminta memberikan sokongan kepada rakan strategik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
