
Upin & Ipin idea asal pelakon suara Opah – Les’ Copaque
SHAH ALAM 17 Jan – Siri animasi kanak-kanak, Upin & Ipin adalah rekaan semata-mata dan telah ditulis sepenuhnya oleh produksi Les’ Copaque Production.
Menerusi kenyataan dikeluarkan di laman syarikat itu, setiap siri yang disiarkan telah memetik idea asal dari Hajah Ainon yang juga pelakon suara Opah dalam siaran tersebut.
“Ianya tidak diambil atau diinspirasi dari kisah sesiapa yang masih hidup atau pun yang telah tiada.
“Setiap cerita yang ditulis bukan sahaja mudah difahami tetapi juga sarat dengan mesej yang bermanfaat,” katanya.
Terdahulu, sebuah video tular di aplikasi ‘TikTok’ mengaitkan kisah perjalanan asal watak utama animasi itu mendakwa telah mengaitkan dengan kisah seorang penduduk di Palu, Sulawesi, Indonesia.
Video yang ditularkan turut berkongsi gambaran imej sebenar kediaman asal watak animasi terkenal itu dan turut memaparkan tanah perkuburan yang mendakwa Upin telah meninggal dunia pada 1995 manakala Ipin meninggal dunia pada 1996.
Video tular itu telah menerima ribuan kritikan dan pendapat pelbagai pihak serta lebih 120,000 netizen memberi respon tanda suka pada platform berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAKYAT SAYANG TELOK MAS, 15,000 BERAYA DALAM SUASANA MERIAH
TELOK MAS 5 April – Kira-kira 15,000 pengunjung membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat DUN Telok Mas, sekali gus...
DATARAN ORANG KAMPUNG DIBANJIRI ‘LAUTAN MANUSIA’
MERLIMAU 5 April - Memasuki tahun keempat penganjuran, Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau terus...
NABILA RAZALI GAMATKAN RAYA DI TELOK MAS
TELOK MAS 4 April – Persembahan penyanyi popular Nabila Razali menjadi penyeri Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TANJUNG BIDARA BAKAL BAWA KEJUTAN
ASAHAN 4 April - Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara pada 12 April depan...
UNIKNYA ZAPIN ASAHAN SEJAHTERA
ASAHAN 4 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan membawa kelainan tersendiri apabila memperkenalkan...
MELAKA TUBUH ‘TASK FORCE’ PASTIKAN BEKALAN AIR MENCUKUPI
AYER LIMAU 4 April - Kerajaan Negeri menubuhkan pasukan khas (task force) bagi menangani isu kemerosotan paras air empangan sekali...
